PRU13


demam PRU13 masih terasa hingga kini. tahniah diucapkan buat DS Najib Razak kerana masih menjadi perdana menteri Malaysia yang ke 6 hingga kini. entah kenape rase terpanggil untuk menulis soal politik.



aku bukanlah orang yang arif dalam soal politik. cume mungkin kerana umur yang makin meningkat buat aku sedar yang aku juga akan menjadi penentu hala tuju negara suatu hari nanti. 5 tahun lagi, in shaa Allah. so, aku mula mengkaji tentang politik Malaysia.

as we know, Barisan Nasional telah pun memenangi PRU kali ini. aku rase PRU kali ni mcam agak teruk. terlampau banyak fitnah yang dilemparkan. mungkin ada yang betul dan mungkin juga cume khabar angin. tak perlu aku cakap isunye. rasenye semue orang tau. pelbagai isu perkauman yang timbul lantaran kemenangan DAP dalam PRU kali ini.

aku baru berumur 19 tahun. dengan ketidak matangan aku, memang aku akui yang aku mudah terpengaruh dengan kata kata orang lain. secara jujurnya, aku tidak menyokong perjuangan barisan nasional dulu. skejap sokong BN dan skejap sokong pembangkang. hahahaha. macam lalang.

lumrah remaja lah kan? abah borak pasal politik dengan ibu tadi. aku dapat tengok yang abah sedikit emosi bile bercerite tentang bagaimana Melayu sekarang berpecah belah.


"Hentikanlah semua perselisihan,tentang ideologi atau pemikiran siapa lagi hebat,sedarlah wahai bangsaku,,sedang kamu berkelahi sesama sendiri,,musuhmu pula sedang bersatu untuk memusnahkanmu"

DS Najib Razak dan Anwar Ibrahim mempunyai cacat cela masing masing. tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. jujur aku menyokong perjuangan Anwar Ibrahim yang cuba menyedarkan Melayu yang selama ini ditindas oleh bangsa sendiri. tapi aku juga kagum dengan DS Najib Razak yang memperjuangkan hak orang melayu di tanah Melayu ini.




aku bersyukur dengan apa yang kerajaan dah bagi untuk family aku selama ni. even ibu and abah pon kerja kerajaan, aku pon terima baucer buku, adik beradik aku semuanya terima RM100 tu. taknak lah digelar "tak sedar diri untung". cuma aku ade satu persoalan.

pernah tak korang terfikir kenape sokongan rakyat Malaysia terhadap BN semakin berkurang sekarang?

sekarang bukan masenye nak menyalahkan sesiapa. tepuk dada tanya selera. kalaulah cina ataupun India ni racist nak pilih kaum diorang je jadi pemimpin, tak mungkin kita dapat bertahan di bawah kepimpinan BN selama 55 tahun ni.

cube berfikir, kalau lah pemerintahan kerajaan sebelum ni betul betul telus dan jujur, mungkin kah rakyat Malaysia akan berpaling tadah terhadap kepimpinan yang lain?

bagaimanapun, saya hormati DS Najib Razak. semoga tiada penyelewengan lagi selepas ini. mari sama sama kita hormati pemimpin kita :)

insan yang kerdil

----------------------------------------------------------------------------

maaf kalau aku macam acah acah bagus. kalau salah tolong perbetulkan.


terima kaseh daun keladi

0 bunga bunga cinta: