entry ini penuh emosi. maaf
kadang kadang kita tertanya kenape semue orang yang kita sayang tinggalkan kita. membawa seseorang dalam hidup kita memang senang tapi untuk memastikan orang itu terus bersama kita, memang susah....
tipulah kalau kite tak pernah rase dikecewakan oleh orang yang kita sayang. sejujurnya, aku pon pernah. dari situ aku belajar memilih orang yang betul betul tepat. aku tak katakan orang itu tepat menjadi teman hidup aku satu hari nanti. cume kehadiran mereka mereka ini lah yang membuat aku sedar yang hidup ini terlampau banyak jatuh bangunnya.
*drama*
bile kesetiaan dibalas kecurangan, cuma air mata yang jadi peneman. almaklumlah, air mata je sumber kekuatan aku untuk naik balik. belajar melupai memang ambil mase. tapi perasaan itu akan pudar bersama masa. and thanks God, finally he's only my past. entah kenape aku rase macam dalam drama je ayat aku. hahaha. nevermind.
lagipun aku suke berdrama. oppsss :p
-----------------------------------------------------
secara jujurnya, aku menangis teringatkan seseorang ketika menaip entry ni.
maaf sebab aku tak menghargai segala yang kau dah buat untuk aku. maaf sebab baru sekarang aku sedar kau orang yg aku cari selama ni. maaf untuk semuanya. sayang tak harus memiliki. semoga kau bahagia dengan orang baru. assalamualaikum.
-----------------------------------------------------
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
ditemani lagu jar of heart, membuatkan aku lebih menghayati kisah ini yang berkisarkan tentang menghargai orang yang kita sayang. kadang kadang bile dah pergi, baru kita sedar betape kita sayangkan seseorang tu.
-----------------------------------------------------
maaf sebab aku tak menghargai segala yang kau dah buat untuk aku. maaf sebab baru sekarang aku sedar kau orang yg aku cari selama ni. maaf untuk semuanya. sayang tak harus memiliki. semoga kau bahagia dengan orang baru. assalamualaikum.
1 bunga bunga cinta:
i'm sorry make akak n abg uneasy because of me stalking u guys..really sorry i'm just really like ur relastionship..akak n abg sweet much! kita doakan akak n abg bersama smpai akhir hayat..ameen! akak kne kuat tau! kita dapat bgitahu umur je..kita sebaya dgn hazirah:) fi hifzillah~
Post a Comment