Tanda Mati


Alhamdulillah, harini tergerak hati aku nak share sesuatu.

baru je tadi aku tengok anje tweet satu persatu tanda tanda kematian hampir tiba. katanya dari Ustaz Akhil Hayy. kalau ade yang taktau tanda tanda mati tu macam mne boleh la search google.

 sejujurnya, aku takut sikit bile cakap pasal tanda mati ni. sebab aku sendiri pernah rasa denyut denyut semue tu. Allah je tau macam mne takutnye aku waktu tu. menangis pon ade. ye lah, sape yang tak takut. amal aku belum cukup untuk bertemu Allah.

takut punye takut sampai malam tak dapat tidur. bayangkan lah macam mane aku nak tidur. sepanjang masa aku terfikir macam mana rasanya mati tu. Ya Allah, tak tau nak cakap macam mane lagi. sampai aku sanggup tgglkan orang yg aku sayang sebab aku rasa yang aku dah nak mati. aku cume cerite dekat orang terdekat je pasal bende yang aku rasa ni.

memandangkan aku ni kaki internet, aku pon search pasal ni. kebanyakan ustaz kata tanda tanda tu semua tidak boleh dipercayai. sebab takda dalil yang sah plus ramai sebenarnye yang penah rase denyut denyut semue tu. Alhamdulillah, hidup sampai sekarang.

kadang kadang ada yang anxiety terlebih sampai rasa benda denyut denyut tu. mungkin tu permainan psikologi. kalau terlampau fikir, mungkin boleh jadi macam tu. cakap la kat mane, satu badan aku penah denyut. hmm takot wei :/ ape ape pon mungkin ni peringatan dari Allah supaya aku sentiase ingat mati sebab aku ni memang terlebih lalai dengan duniawi.

aku pon pernah badan menggigil. bila jumpe doktor, doktor cakap badan aku kurang ape tah sampai aku sendiri lupe. then doktor bagi ubat multivitamin. Alhamdulillah, kurang dah gigil badan tu.

aku ade call amai & ibu nangis nangis cerite semue yang aku prnah rasa semue tu. dan kebanyakan orang yang rase denyut denyut tu kebanyakannya mesti ade apa apa means gangguan. and me too. aku dalam proses nak pergi berubat.

moga dipermudahkan urusan ini Ya Allah.



terima kaseh daun keladi

Who Are you?


Assalamualaikum....


sebelum tu, Amin tok doa die. hahahahaha. k gatal -.-

lately, aku memang jarang sikit tengok komen kat blog. sebab biasenye memang takde orang nak komen. hewhew. kalau ade tu, macam tak percaye je. aku tak hot pon. kah3.

n kali ni aku jumpe yang ni pulak. haha. kalau ade yang penah tengok aku print screen kat blog tu tau la komen yg aku pnh dpt sebelum ni. maybe from the same person. aku taktau komen di atas memang ade yang suke stalk aku atau die sje nak kene kan aku. sebab sesiape pon boleh tulis mcm tu kan? nak2 lagi dari anonymous.

aku taknak la perasan sorang2 kononnye ade orang suke stalk relay aku dengan amai. hahahahahhaa. kalau ade tu, act.......aku rase macam retis. kah3. walaupun sorang je stalk aku -.-

k lah. taktau nak tulis ape dah. kalau betul ade yang suke stalk, thanks. aku rase dihargai sekarang ni. hahahahahahahhaha. kbye :)


terima kaseh daun keladi

PRU13


demam PRU13 masih terasa hingga kini. tahniah diucapkan buat DS Najib Razak kerana masih menjadi perdana menteri Malaysia yang ke 6 hingga kini. entah kenape rase terpanggil untuk menulis soal politik.



aku bukanlah orang yang arif dalam soal politik. cume mungkin kerana umur yang makin meningkat buat aku sedar yang aku juga akan menjadi penentu hala tuju negara suatu hari nanti. 5 tahun lagi, in shaa Allah. so, aku mula mengkaji tentang politik Malaysia.

as we know, Barisan Nasional telah pun memenangi PRU kali ini. aku rase PRU kali ni mcam agak teruk. terlampau banyak fitnah yang dilemparkan. mungkin ada yang betul dan mungkin juga cume khabar angin. tak perlu aku cakap isunye. rasenye semue orang tau. pelbagai isu perkauman yang timbul lantaran kemenangan DAP dalam PRU kali ini.

aku baru berumur 19 tahun. dengan ketidak matangan aku, memang aku akui yang aku mudah terpengaruh dengan kata kata orang lain. secara jujurnya, aku tidak menyokong perjuangan barisan nasional dulu. skejap sokong BN dan skejap sokong pembangkang. hahahaha. macam lalang.

lumrah remaja lah kan? abah borak pasal politik dengan ibu tadi. aku dapat tengok yang abah sedikit emosi bile bercerite tentang bagaimana Melayu sekarang berpecah belah.


"Hentikanlah semua perselisihan,tentang ideologi atau pemikiran siapa lagi hebat,sedarlah wahai bangsaku,,sedang kamu berkelahi sesama sendiri,,musuhmu pula sedang bersatu untuk memusnahkanmu"

DS Najib Razak dan Anwar Ibrahim mempunyai cacat cela masing masing. tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. jujur aku menyokong perjuangan Anwar Ibrahim yang cuba menyedarkan Melayu yang selama ini ditindas oleh bangsa sendiri. tapi aku juga kagum dengan DS Najib Razak yang memperjuangkan hak orang melayu di tanah Melayu ini.




aku bersyukur dengan apa yang kerajaan dah bagi untuk family aku selama ni. even ibu and abah pon kerja kerajaan, aku pon terima baucer buku, adik beradik aku semuanya terima RM100 tu. taknak lah digelar "tak sedar diri untung". cuma aku ade satu persoalan.

pernah tak korang terfikir kenape sokongan rakyat Malaysia terhadap BN semakin berkurang sekarang?

sekarang bukan masenye nak menyalahkan sesiapa. tepuk dada tanya selera. kalaulah cina ataupun India ni racist nak pilih kaum diorang je jadi pemimpin, tak mungkin kita dapat bertahan di bawah kepimpinan BN selama 55 tahun ni.

cube berfikir, kalau lah pemerintahan kerajaan sebelum ni betul betul telus dan jujur, mungkin kah rakyat Malaysia akan berpaling tadah terhadap kepimpinan yang lain?

bagaimanapun, saya hormati DS Najib Razak. semoga tiada penyelewengan lagi selepas ini. mari sama sama kita hormati pemimpin kita :)

insan yang kerdil

----------------------------------------------------------------------------

maaf kalau aku macam acah acah bagus. kalau salah tolong perbetulkan.


terima kaseh daun keladi

Bestie


Assalamualaikum....

ada cerita basi ingin aku kongsikan pada malam ini. cerita tak seHOT adel asha. tapi berbaloilah kalau nak tengok model acah acah bagus dalam entry kali ni. ahakkssss.

let's begin. jusco, hari khamis.

ni dia model acah acah bagus :p

this time takde gamba berempat sebab aku merempat dalam toilet make up bagai bajet jumpe jodoh kat jusco. so, ade gmbar diorang bertige je -.-

lepas wayang, pi makan. ah, ruginye tak amik gmba tiket wayang #typicalMalaysian sebelum terlupe, iron man 3 best. i loike Tony Stark.

gua tak terlibat untuk sesi bergambar ni.


finally dapat jumpe after 3 months tak jumpe. kitorang dating berlima di taman pinggiran senawang. waktu ni muke amai macam.....k lupekan.


before balik, sempat bergambar berempat. terbukti amai tak reti amik gmbar. due due gamba die amik mesti tak center ! amai spoil.

kbye

p/s: try play lagu jalan lurus. aku addicted.



terima kaseh daun keladi