Bisnes Online?


Assalamualaikum...

Kalau sebut pasal bisnes memang semua orang tau bisnes ni bawak untung banyak. Kebetulan aku memang dah papa kedana takde duit. Nak kerja family tak bagi. Sebab aku kene jadi bibik hmmm sadisssss. aku dah la bosan hari hari ngadap COC je. So aku decide try bisnes dropship.



Dropship ni just jadi orang tengah untuk promote barang. Kalau ade yang beli dapat lah komisyen. So far selama seminggu aku jadi dropship ni, aku dah dapat komisyen RM100. Quite big amount lah bagi aku sebab baru seminggu hahaha. Nampak macam senang kan? Tapi aku dah merasa susah bahana dia haha

Eh aku lupa nak cakap aku jual ape hahaha. Aku jual produk kecantikan gitu sebab aku rase kalau niaga produk ni mesti larisss. Semue perempuan nak cantik kan. Aku start niaga kat insta. buat insta baru la untuk bisnes. Nama insta dirahsiakan sebab aku taknak ade yang dok kalut stalk insta shop aku hahaha.

Awal awal okay lagi. smooth je flow dia. Lama lama, ya Allah macam nak nangis pon ada. Barang tak cukup lah, barang salah hantar la. Aku jugak yang kena jawab dengan cust. Macam2 kena jawab. Perasaan dia bila tak dapat puaskan hati customer tu memang azabbb sebab as a seller mesti la aku nak bagi servis yang terbaik kan untuk customer aku. hmmm. Nasib baik tak kena maki dengan cust.

Aku dah asyik asyik cakap kat amai yang aku nak stop buat dropship ni sebab supplier aku ni mcm kurang komited dekat kerja bisnes die. Bukan aku tak suka dengan supplier ni. Aku suka. dia baik and harga dropship yang dia bagi pon memang murah kalau nak banding dengan supplier lain. Cuma dia macam tak update sangat kalau barang dah habis ke. Kadang aku dah amik order tetibe barang cakap dah habis stock. So nak jawab dengan cust yang susah. hmmm. Kena refund la bagai. Susah tau.

So sekarang aku pon macam taktau nak stop ke tak. Dalam dilema T____T Ya Allah macam buntu pon ada. Masalah customers tak selesai sampai sekarang.

Semoga dipermudahkan, Amin *nangis*


terima kaseh daun keladi