Maksud Sebenar In An Open Relationship di Facebook

in an open relationship ?
ramai kod yang penah buat cm tu
tp seriously akuu tak penah tawu pon ape maksodnye
so , mari la kite tengok maksud di sebaliknye :)



relationship aku single tu .
orang len single betahun tahun tak batak pon kan ? HAHA ,

dipetik daripada wikipedia

An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

maksudnye

Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

" hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, 
dibenarkan dan ditoleransi " ???


jadah ea semue ni ? berkongsi ke hape ? sexual pulak tu =='
aku tak sanggup nx berkongsi kasih . HAHA ,
so sekarang ni bole la kacau lelaki yang tengah open relationship dengan gurl len kat facebook kan ?
bia aku jadi pengacau pulak sebab relationship aku pon dikacau .


DENDAM KE HAPE NI ? haha , guraw je la . aku bukan PERAMPAS .




mood : sabtu ni nx g rembau . meet auntie pikah :)



terima kaseh daun keladi

bukti english tu penting untuk dipelajari

tekan sini dulu


ola , cuti skolah da start
mesti ramai yang tengah pergi holiday kan ?
seriously aku tak jeles pon tengok korang holiday
sbb aku pon da pegi holiday
cukop dengan hanye pegi kelantan dan terengganu . HAHA :)

english penting ke ?


korang punye inggeris bagus tak ?
nx tawu ? meh sini translate ayat ni 

That server gives a plug and play service to the

client using either hardware or software joystick.
The joystick goes into the port of the client.


kalau tak dapat , meh aku bagi translate versi skema n bodoh punye

Hardware = barangkeras
Software = baranglembut
Joystick = batang gembira
Plug and Play = cucuk dan main
Port = lubang
Server = pelayan
Client = pelanggan

Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk

dan main dengan menggunakan batang gembira jenis
keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan
ke dalam lubang pelanggan.

nampak tak kebodohan nye tu ?
jujor aku cakap english aku hancur
n kekadang aku suke translate stu persatu
dan ini lah hasilnye kalau translate satu persatu

itu la pentingnya ENGLISH EDUCATION

sumber : rara



terima kaseh daun keladi

bila diri dikhianati :)

aku tade niat pon nx bermadah pujangga kat sini
cume hati terusik nx menulis lagi . wakaka .
kebetulan hati tengah sdey kan . sebab ape ? sebab cinta ?
ish , mane ade . aku tak selemah dlu *mule la tu ;)


klik untuk tumbesaran gajah :)

so , 
apa yang anda lakukan bila diri anda dikhianati orang yang anda cintai ?

aku jumpe poll ni dekat says
n aku pilih lupakan dia 
kenape aku pilih macam tu ?
entah , gerak hati kod .
lagi pon most of them pilih lupakan orang tu .
untuk ape diingat orang yang suda khianati kite .
aku belum merasai ini semua .
dan mintak2 la aku tak merasa .
korang pulak pilih ape ? decide la :)


*maaf entry bosan tahap bingai . mood aku kurang . study mood .

sebelom tu , tekan sini



terima kaseh daun keladi

lukisan double meaning

hari ni rase terpanggil untuk tulis entry
since pekse ni , pasaan malas tu maken meliar yaw
mybe time cuti nnt bru aku aktif

balek pade tujuan entry ni
bukan ade pape pon
cume nx show sumtink yang aku jumpe
act , aku nx tnjok mende ni kt nabil n farhah


seriously aku tak expect pon bole jmpe video ni
fokus utame aku bukak youtube cume nx cri minah indon mne tah
yang nyanyi lagu my heart will go on
sbb aku tringin nx share mende menarik tu
*ko patot denga taw . pompuan tu nyanyi gile beterabor . AHHA ,
tapi dah x jmpe . so , aku share ni je la .


* kreatif kan orang tu ? HAHAHAHAHAHA ,


terima kaseh daun keladi

cinta zaman sekolah

cinta zaman sekolah kekal ke ?


sebelom bace , bukak link ni

benci jugak aku bile denga statement macam ni
sbb memang lumrah cinte ni kpel clash kpel clash
kekadang bosan betol la dgn keadaan mcm ni
saket hati memanjang . siket2 nangeh .
tu yg smpai ade kes bunoh diri tu
cinte tu menghilangkan kewarasan akal sehat kite


eh eh , kenape ttbe cite pasal cinte ni ?
errr , entah la . ttbe je kan .


hati tu senang sangat nx disakiti
bak kate orang , FRAGILE la .
even org yg sangat tak laku macam aku ni pon penah mrase disakiti
dari situ mule lah lagu2 jiwang bermain dekat kepale .
macam balqis . AHHA , tension jugak tgk dye asyek broken heart je dlu :D


time tengah hangat becinta tu , sume jadi indah kan
mesej tak kenal mase .
kedit habes , sanggop pegi kedai memalam bute semate2 nx topup kan ?
tp bile dah setahun lebih , satu mesej pon x masok .
time tu mule la nx kate si dia brubah la bgai .
itu kan memang lumrah . ape la =='
kita yg mule kan permainan ni , trime je la kesedihan kmudian hari .



tp ade jugak sstgh blogger yg kate cinte laki skunk ni cume nafsu semate2 ?
sbb bile si perempuan tu ngandung , si lelaki x mahu bertanggungjawab.
apekah ? aku ade bce stu story ni .
si llki tu kononnye bosan sbb si prempuan tu x kasi touch dye lngsong
takkan dye nx istri yg pernah disentuh ?
pape tah .


fikir fikir kan lah :DD

jangan serahkan diri kite kpd mne2 llki yg bukan bergelar suami kita
sbb llki bole dtg dan pergi
kalau mereka sygkn anda , mreka takkan sesekali touch anda


* kenape aku jadi penceramah ni ? up to you . life korang kan .







terima kaseh daun keladi

karangan budak darjah 4 yg awesome

Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.
Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.
Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.
Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.
Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.
Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


budak , mesti kau dpt 100% kan ? ak selute dgn imaginasi kau yg meninggi langit , haha . ak pon x cm ni taw ;PP


terima kaseh daun keladi